Wednesday, September 24, 2014

Riyadah al-Nafs Membentuk Personaliti Yang Baik


Personaliti dari perspektif Islam merujuk kepada perkataan Arab 'sahsiah' atau 'akhlak' yang dimiliki oleh seseorang individu. Manakala perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan. oleh itu, akhlak inilah yang menentukan keterampilan dan sikap individu itu sendiri.
menurut kamus dewan edisi ketiga (2002: 1025) personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan.
Menurut Al-Ghazali terdapatnya beberapa proses bagi membentuk personaliti yang baik bagi seseorang individu, antaranya ialah melalui Riyadah al-Nafs (latihan jiwa) seperti ibadat iaitu solat, puasa, zikir, doa, qiyam al-lail dan lain-lainnya. selain itu individu juga perlu mengaplikasikan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan.
Riyadah al-Nafs merupakan satu latihan jiwa menuju ke arah kebaikan dan membentuk personaliti yang baik secara beransur-ansur sehingga sampai pada satu tahap di mana sesuatu yang berat dan sukar untuk dilakukan menjadi mudah dan ringan untuk dilaksanakan sebagai contohnya qiyam al-lail. Hal ini kerana, seseorang yang membiasakan dirinya dengan qiyam al-lail akan merasa mudah untuk melaksanakannya akan tetapi sebaliknya bagi mereka yang jarang melakukannya.
Al-Ghazali mengatakan bahawa riyadah al-nafs merupakan satu usaha yang dipenuhi dengan kesukaran namun ianya menghasilkan kesan yang positif di dalam jiwa sehingga lahir perasaan benci kepada sifat tercela. Imam al-Ghazali juga menyatakan riyadah al-Nafs adalah merupakan satu latihan jiwa menghapuskan akhlak yang buruk bagi melahirkan akhlak yang baik..

Personaliti dari perspektif al-Ghazali
Terbitan. FPI. UKM

Thursday, October 21, 2010

Pi Mai Pi Mai Tang Tu...........

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Semoga sahabat-sahabat berada dalam keadaan yang baik serta di rahmati Allah S.W.T khendaknya. kali ni ana berminat untuk membawa sahabat-sahabat kepada realiti kehidupan dunia yang mungkin kadang kala kita tidak menyedari jadual hidup kita tidak banyak berubah kepada suatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Alangkah malangnya jika hari ini adalah lebih buruk berbanding hari sebelumnya. Bak kata orang utara pi mai pi mai tang tu..tak ada sebarang perubahan dan peningkatan..jika kita adalah tergolong dari golongan tersebut maka malanglah kita.
Pelbagai persoalan yang harus kita lahirkan dalam diri supaya menyedari matlamat utama kita diciptakan dan dihidupkan serta dibesarkan dengan dibebani tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Persoalan pertama : Sudah bersediakah kita untuk menemui ajal ???????????.. kita harus sedar kehidupan di dunia ini hanya seketika sebelum meneruskan jalan yang begitu panjang. Kalau tak percaya jom kita belajar mengira pulak. Jika kita lihat ada ke manusia biasa hidupnya berabad-abad lamanya, tapi..........betapa ramainya manusia yang sudah tidak bernyawa berada di atas muka bumi ini berabad lamanya...huhuhu tak boleh ke kita ni cuba untuk mendisiplinkan diri supaya menurut perintah Allah S.W.T dalam jangka hayat yang ada ni. Hidup Hanya Sekali...Peluang Pun Hanya Sekali..Jadi kita kena berlumba-lumba untuk memperoleh pahala sebanyak mungkin. Itulah bekalan kita. Tapi......kenapa ramai yang tak nak pahala ye????? aha... senang je orang tak nak pahala sebab pahala tak nampak. kalau nampak semua orang nak. Materialistik jugak manusia. Jadi org yang berlumba untuk memperoleh pahala bukan orang yang materialistik tau.
Sahabat-sahabat jom kita kembali pada dasar utama hidupnya kita atas muka bumi ni. jagan kita hanya fikir makan tidur je. cuba kita bawa diri kita kepada sesuatu yang baru untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Kita perlu melakukan perkara yang luar biasa. kalau setakat belajar main-main apa guna masa depan kita, kalau buat esigment setakat memenuhi syarat apa faedah, kalau setakat buat kerja dakwah kerana terpaksa apa guna??? kita kena buat sesuatu perkejaan dengan bersungguh-sungguh. Lahirkanlah semanagt kerana Allah pasti semua amalan kita sempurna. Kita sedang berlumba untuk mendekatkan diri kepada Allah tapi kita kena sedar ada musuh yang cuba menghancurkan kita. Siapa musuh tu??? ala..Iblis, nafsu, dan orang kafir Harbi. Banyak la musuh kita jadi, kita perlu kuat. Tapi Sahabat-sahabatkan mcm mana kita nak kuat kalau amalan harian kita dok pi mai pi mai tang tu je...huhuhu
Sekadar perkongsian dan muhasabah diri...

Wednesday, October 20, 2010

Bersahabatlah Dengan Maksiat


Perbuatan maksiat merupakan salah satu pendekatan terbaik Iblis untuk menyesatkan manusia di atas muka bumi ini. Perbuatan maksiat memberi Impak yang berkesan terhadap tingkah laku individu malah kepada segenap peringkat hidupnya. Walaupun, perbincagan serta perbahasan berhubung maksiat tidak asing lagi malah seumpama satu topik basi yang cuba di ketegahkan. Namun, kita perlu sedar, MAKSIAT adalah musuh utama yang menyekat kemajuan kita baik kepentingan dunia mahupun akhirat di sana. Jagan cuba sekali-kali kita memandang ringan pada perbuatan maksiat.

Dewasa kini, maksiat seumpama sahabat karib kepada sebahagian besar individu di seluruh dunia dan menjadi bahan mainan kepada golongan remaja yang mana kononnya bakal menggantikan pimpinan akan datang. Pernahkah kita sedar perbuatan maksiat semakin di beri tempat di dalam masyarakat. Persoalannya siapakah yang serius mengambil berat untuk mencegah perbuatan maksiat pemimpinkah? gurukah? ibubapakah? keluargakah? temankah? atau diri sendiri. Jelas, semua pihak harus turun padang terutamanya bagi pemimpin yang memimpin..

Perbuatan maksiat juga memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Mungkin ada di kalangan pembuat maksiat beranggapan perbuatan mereka tidak mengganggu individu lain, malah ada juga yang sering berkata "ala....biyo la kat demo tak usah di usik, demo tak kacau orang lain kira ok la.... tak yoh la kita jaga tepi kain org lain" Adakah kita sedar bencana yang di berikan Allah S.W.T akibat perbuatan maksiat tersebut tidak memilih mangsanya. Adakah kita sedar kewajipan menegur dan menyampaikan kalimah Allah S.W.T.
Apa faktor sebenar perbuatan maksiat berleluasa di kalangan golongan remaja. sudah semestinya berpunca dari kurangnya didikan agama, bimbingan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, bantuan teknologi, pengaruh budaya barat dan mcm-macamlah. Semuanya menyerang golongan yang lemah pegangannya terhadap agama itu sendiri. Bila timbul je masalah kita perlu merujuk pada agama, Why??? sebab agama Islam ada jalan penyelesaiannya. Semoden-modennya kita, kita masih memerlukan agama dulu, kini dan selamanya. Agama dapat membendung kita dari bertindak mengikut hawa nafsu. Yakinlah pada janji yang pasti balasan maksiat adalah neraka. nerakalah tempat bagi orang-orang yang melakukan maksiat dan tidak ada tembat baginya di syurga jika ia tidak bertaubat.

Best Buat Dosa.......



Dosa bermaksud perbuatan yang melanggar hukum Allah S.W.T serta agama. oleh yang demikian, sebarang perbuatan yang membawa kepada dosa tidak akan memberi kebahagiaan kepada perlakunya. seorang muslim sejati akan merasa tidak selesa dan tenteram hidupnya jika berlenggu dengan dosa. Namun, kita harus sedar ada segelintir di kalangan masyarakat yang merasa gembira dan suka untuk melakukan dosa. Hal ini kerana, Iblis sentiasa menghasut dan membisikkan pada manusia supaya melakukan perbuatan yang mengundang dosa dan mula menabur janji manis dalam hati manusia bahawasanya masih ada masa untuk bertaubat, tetapi Iblis bijak dalam mengalpakan manusia dari bertaubat dengan segala dosa yang di lakukan.


Terdapatnya beberapa sifat serta perbuatan yang membuktikan sesorang itu bahagia melakukan dosa. Salah satu darinya adalah mereka yang lalai terhadap ayat-ayat Allah S.W.T yang merupakan perintah, larangan serta janji-janji-Nya. Manusia ini di kategorikan di kalangan mereka yang cenderung untuk mengikut hawa nafsu, mentingkan dunia berbanding akhirat serta gemar melakukan perbuatan maksiat dan benci kepada jalan kebenaran. Hakikatnya, apabila manusia lalai dalam mengigati Allah S.W.T maka, hati-hati mula menjadi sarang syaitan serta tumbuh mekarlah sifat-sifat mazmumah seperti riyak, dengki, tamak, pemarah dan banyak lagi. Ini adalah punca hati mula berasa tidak bertuhan dan mula menjadi kering dan kerasa untuk menerima kebenaran. Oleh yang demikian, manusia mula tidak rasa gentar untuk melakukan dosa malah merasa selesa dan gembira.


Selain itu, penyakit hati juga adalah punca seseorang itu, berasa suka melakukan perbuatan yang mengundang dosa. Penyakit hati adalah penyakit yang tidak dapat dilihat dan dikesan oleh pakar kesihatan moden. Penyakit ini adalah satu-satunya penyakit yang hanya boleh di rawat oleh penghidapnya sahaja. jika penghidapnya tidak ada kemahuan serta usaha untuk mengubatinya maka, segala usaha individu sekeliling tidak akan mendatangkan hasil. Manusia yang tidak menghidap penyakit hati akan bersyukur dengan setiap rahmat dan dugaan yang menimpanya. sebaliknya bagi mereka yang menghidapnya tidak akan berasa bersyukur malah, sentiasa dengki pada individu lain. Sebagai contoh terdekat adalah amaln membomoh di kalangan masyarakat melayu dulu, kini dan moga tidak untuk selamanya. Mereka ini, berasa puas dan gembira apabila mangsa mereka menderita menanggung kesakitan dan membawa kepada kematian. Perbuatan ini, membawa kepada dosa besar kerana menyekutui Allah S.W.T, bersahabat dengan Iblis, memudaratkan jiwa insan lain dan pelbagai lagi. Penyakit hati ini, telah diceritakan di dalam al-Quaran yang bermaksud :



" Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan "

(Al-Baqarah :10)



Mengumpat dan buruk sangka juga adalah salah satu perbuatan yang mengundang dosa dan amat digemari oleh individu-individu tertentu terutamanya di kalangan kaum hawa.. Namun, perbuatan mengumpat dan buruk sangka ini tidak terbatas kepada perbuatan dosa malah terdapat juga mengumpat yang di benarkan dalam Islam demi menjaga keamanan sejagat. Perbuatan mengumpat yang tidak di benarkan terbahagi kepada tiga bahagia iaitu banyak sangkaan buruk, memcari-cari rahsia orang dan mencari-cari keaiban orang lain. Perbuatan ini mampu menjinakkan hati pembuatnya lalu melahirkan rasa suka dan gembira tanpa menyedari dosa yang mengalir bak air di muara. Perbuatan ini, boleh di samakan dengan penyakit berjangkit dan penghidapnya akan berasa ketagihan. oleh itu, terdapat beberapa peringkat untuk meninggalkan perbuatan ini iaitu perlu meninggalkan perbuatan ini secara sekali gus, bertekat tidak akan mengulanginya lagi serta memohon maaf pada orang yang di umpatnya. Namun, disisi ulama' terdapatnya khilaf. SELAMAT MENCUBA ^_^...



Sebagai kesimpulannya, perbuatan yang mengundang dosa tidak akan memberi kebahagiaan kepada pembuatnya. namun, jika hati individu tersebuat adalah merupakan hotel 5 bintang khas untuk Iblis maka, terciptanya keindahan dalam kehidupan yang penuh dengan dosa. Harus sedar, kebahagiaan itu hanyalah palsu. Penipuan Iblis semata-mata. Segala yang baik adalah datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari kelemahan diri sendiri...

Jika Anda Pencinta Dosa Jadilah Teman Iblis di dalam Neraka !!!!!!!!!!!!.

Saturday, August 21, 2010

MAKSIAT TEKNOLOGI...


Maksiat:
Maksiat bermaksud perbuatan yg melanggar perintah Allah S.W.T. Maksiat juga merupakan perbuatan yang menyumbang kepada dosa (yg keji).Manakala bermaksiat atau melakukan maksiat pula membawa maksud orang yg akan menerima padah.

Dalam konteks masa kini, ciri yang membawa kepada perbuatan maksiat berlaku secara globalisasi dan sukar untuk di bendung serta di kesan. menurut kamus dewan edisi ketiga globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Oleh itu, bercambahan teknologi mampu menghubungkan masyarakat masa kini dari segenap negara dan tidak terbatas oleh sempadan geografi. Akibat daripada itu, perhubungan yang tidak terbatas antara lelaki dan perempuan mula berlaku dan menimbulkan kebimbangan. Akan tetapi kewujudan teknologi tidak boleh di persalahkan secara mutlah kerana, ia terpulang atas setiap diri individu menggunakan teknologi sama ada pada kebaikan atau keburukan.

Pada suatu ketika dahulu ulama' banyak menekankan berhubung ciri-ciri Yang Membawa Kepada Perbuatan Maksiat melalui lima cabang iaitu melalui pandangan, pertemuan, percakapan, berjabat tangan serta bersentuh badan. Akan tetapi dunia kini menghadapi pelbagai ciri yang membawa kepada perbuatan maksiat melalui teknologi seperti facebook, yahoo Massanger, friendster, HI5, Flixster, Mesej dan pelbagai lagi.

MAHASISWA HARUS SEDAR..........................

Hakikat sebenar mengenai perhubungan yang terjalin melalui teknologi adalah memiliki hubungan yang rapat dengan ciri-ciri yang membawa kepada PERBUATAN MAKSIAT yang telah di sentuh oleh ulama'.

1. Pandangan
Perbincanga mengenai pandangan pada dasarnya adalah berhubung pada pandangan yang bersemuka antara satu sama lain namun, pada masa kini tanpa pertemuan masih boleh memberi ruang pada kita untuk memandang wajah lelaki dan perempaun tanpa sekatan malah berpeluang untuk ditatapnya pula gambar-gambar yang telah diupload terutama dalam facebook. Pelbagai gambar dan aksi-aksi hebat di pertontonkan tidak kira siapa dan di mana.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur, ayat 30, yang bermaksud :

"katakanlah oleh mu wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka...."


Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur, ayat 30, yang bermaksud :

"katakanlah oleh mu wahai Muhammad kepada orang-orang perempuan yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka....."

Ayat-ayat di atas, dapat ditafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja. Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan keinginan hawa nafsu sesama sendiri.

seorang pujangga dan falsafah Islam, Ahmad Syauqi pernah berkata :

".........melihat atau memandang lalu tersenyum, menghormati atau mengucapkan selamat, bercakap, berjanji dan akhirnya bertemu dan seterusnya berlakulah maksiat..........."

2. Pertemuan

Perkenalan melalui dunia teknologi akan membawa kepada pertemuan di alam nyata. pertemuan yang dimaksudkan adalah pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan isteri dan mahramnya di tempat yang sunyi, di dalam rumah atau tempat yang mampu menimbulkan syak bahawa mereka melakukan maksiat.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud ;

"Barang Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka, janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai oleh mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan".

3. Percakapan

Perbincangan terdahulu lebih menekankan kepada percakapan namun, teknologi kini telah mengubah cara komunikasi tersebut kepada penulisan dan perhubungan tanpa bersemuka (Panggilan Telefon). walaupun cara ini kurang berkesan berbanding bercakap secara bersemuka namun, motif dan isi perbincangan mampu di terima dan di peroses oleh otak dengan baik. Antara contoh terdekat adalah pasangan bercinta berhubung antara satu sama lain tidak kira masa, tempat, dan wang hingga memakan masa berjam-jam lamanya.

Dalam soal ini bukanlah bermakna antara lelaki dan perempuan tidak dibenarkan untuk bergaul dan bercakap-cakap. Islam tidak melarangnya, tetapi kita harus tahu percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan-tujuan tertentu atau urusan penting sahaja. Isi percakapan pula adalah mempunyai tujuan yang baik dan urusan yang penting.

Dengan ini, dapatlah di simpulkan bahawasanya penggunaan teknologi yang salah mampu mendekatkan diri kita kepada perbuatan maksiat tanpa kita sedari. Oleh yang demikian, marilah kita menggunakan teknologi pada jalan dakwah serta menutup jalan dan tidak memberi ruang kepada orang Yahudi untuk merealisasikan perang saraf yang telah dicetuskan..

Tuesday, August 10, 2010

Alahai RAMADHAN...............Aduhai PENYAKIT ROHANI !!!!!!!


Ramadhan merupakan bulan tarbiyah bagi mencuci dan membentuk personaliti muslim yang sejati. Ganjaran pahala pada bulan Ramadhan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan biasa membuatkan manusia berlumba-lumba untuk memperolehinya. Manakala Rohani pula membawa maksud sesuatu perkara batin serta berhubung kait dengan jiwa manusia dan tidak dapat dilihat dik mata kasar manusia.

Ketibaan bulan ramadhan menandakan tibanya bulan yang memcuci manusia daripada sifat-sifat mazmumah dalam diri dan membentuk personaliti muslim sejati . Hal ini kerana, bulan Ramadhan mengajar manusia untuk bersabar, bersederhana, pemurah dan banyak lagi. oleh yang demikian bulan Ramadhan merupakan terapi kepada penyakit rohani.



Simptom-simptom Penyakit Rohani

Pelbagai simptom-simptom penyakit rohani yang dapat di kesan dan di lihat. Dan rata-ratanya berpunca daripada sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri manusia.

1. Pemarah merupakan antara simptom Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Sifat pemarah ini, muncul apabila rohani manusia itu tidak di isi dengan sifat sabar. Simptom ini akan menyebabkan penghidapnya berada dalam keadaan yang tidak tenteram. Maka, Ramadhanlah terapi terbaik untuk membendung sifat marah daripada terus bercambah dalam diri seseorang dengan menyemai sifat sabar dalam menghadapi setiap peraturan dalam berpuasa.

2. Pendendam merupakan simptom yang tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam bagi melepaskan dendam serta memuaskan hatinya. Penyakit ini juga menyebabkan penghidapnya hidup dalam resah gelisah. oleh yang demikian, Ramadhan mengajar manusia untuk memaafkan orang lain serta merapatkan ukhuwah melalui solat taraweh berjemaah bersama.

3. Hasad dengki simptom ini juga tidak dapat dilihat, namun kesannya adalah pada tingkah laku manusia itu sendiri. Hasad dengki merupakan penyakit rohani yang mampu memutuskan persaudaraan, membunuh jiwa dan banyak lagi. contoh terdekat simptom hasad dengki dalam masyarakat kini adalah santau, fitnah, membunuh dan banyak lagi.

4. Bakhil simptom ini Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Penyakit ini menyebabkan megidapnya mencintai hartanya lebih dari segala-galanya. Pada bulan Ramadhan manusia berlumba-lumba untuk bersedekah bagi memperoleh ganjaran yang besar. Contoh terdekatnya apabila ramai di kalangan masyarakat kini yang mengambil kesempatan untuk memberi jamuan makan kepada orang yang berpuasa. Hampir setiap masjid di kawasan-kawasan perumahan menyediakan juadah berbuka puasa pada jamaah masjid bagi memperoleh ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah S.W.T.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Penyakit rohani ini akan menyebabkan penghidapnya sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan apa yang dia mahu sehingga tidak memikirkan nasib orang lain. Pada bulan Ramadhan manusia di ajar untuk bersederhana dalam berbuka dan di ajar untuk memiliki sifat tamakkan pahala lebih dari segalanya.

6. Ego adalah Ibu segala penyakit rohani oleh yang demikian ia membuatkan hati seseorang tidak tenang. Orang yang memiliki penyakit ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Ibu penyakit rohani ini, akan luntur apabila masyarakat menjadikan Ramadhan sebagai bulan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T dan menyedari kedudukan sebenar kejadiannya di atas muka bumi ini.

7. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Penyakit rohani ini akan menyebabkan penghidapnya berasa tidak tenteram apabila adanya orang yang lebih baik darinya. Ramadhan juga mengajar kita supaya melakukan sesuatu itu dengan niat semata-mata kerana Allah S.W.T. Buktinya dapat dilihat melalui niat berpuasa pada setiap hari adalah kerana Allah S.W.T, dengan ini ia melatih manusia untuk melakukan setiap perkara hanya kerana Allah S.W.T.


Kesan penyakit rohani

Kesan daripada penyakit rohani menyebabkan penghidapnya hidup dalam keadaan yang tidak tenteram serta sentiasa gelisah. Keamanan yang di cari sukar untuk di temuai selagi tidak mengubati penyakit rohani yang di hadapi. Penyakit rohani ini berpunca daripada sifat-sifat buruk atau dikenali sebagai sifat mazmumah. Hal ini kerana, setiap sifat dalaman akan mempengaruhi tingkah laku serta perbuatan individu tersebut.

Kesan penyakit rohani ini bukan sahaja pada penghidapnya malah turut di rasai oleh individu di sekelilingnya. Antara contohnya seperti penyakit hasad dengki. Ini kerana ia mendorong penghidapnya untuk bertindak bagi melukai individu yang di dengkinya. Pada hakikatnya penyakit ini lebih berbahaya kerana tidak dapat di kesan dan di ubati secara zahir. Penyakit ini tidak akan sembuh jika tidak ada usaha yang gigih oleh penghidapnya.

Kesan penyakit rohani ini semakin memuncak apabila ia tidak di bendug malah menjadi sahabat rapat masyarakat kini. Masyarakat harus sedar bahayanya sifat-sifat mazmumah kerana ia merupakan penyakit rohani yang perlu di ubati bagi melahirkan masyarakat yang bersih hati dan perbuatannya.


Penawar Penyakit Rohani

1. Penawar paling mujarab adalah dengan melakukan Riyadah al-Nafs (latihan jiwa) seperti ibadat iaitu solat, puasa, zikir, doa, qiyam al-lail dan lain-lainnya. Riyadah al-Nafs merupakan latihan untuk membentuk pesonalitin yang baik. Dengan melakukan Riyadah al-Nafs individu dapat membendung penyakit rohani daripada menular. Oleh yang demikian, Ramadhan merupakan bulan yang menjadi pilihan oleh masyarakat untuk menyucika diri serta mengubati penyakit rohani.
2. Memperbetulkan niat. Setiap perbuatan yang dilakukan perlulah berpunca daripada niat yang baik. Niat yang baik adalah semata-mata untuk memperoleh redha Allah S.W.T . niat kerana Allah S.W.T menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan kerana, ia berkekalan hingga akhirnya.

3. Istiqamah dalam mencari penawar penyakit hati. Penawar penyakit rohani tidak akan di temuai jika penghidapnya tidak istiqamah dalam menciptanya sendiri.

4. Memperbanyakkan bahan bacaan agama.

5. Memperbaiki hubungan sesama manusia

6. Menyayangi manusia kerana Allah S.W.T

Friday, January 8, 2010

kisah silam...


Assalamualaikum....


semoga sahabat-sahabat berada dalam rahmat Allah s.w.t dan berada dalam keadaan iman yang baik dan bagus sekali..Insyaallah.. Blog ni sekadar memaparkan sedikit peringatan, pengalaman dan apa yang ana rasa best untuk berkongsi bersama-sama sahabat.

Mungkin sebelum ni ana hanya sekadar meletakkan kata-kata nasihat tapi kali ni ana nak bercerita serba sedikit pengalaman ana mengenai satu peristiwa yang ana hadapai. Kita selalu dengar orang kata ataupun kita sendiri yang berkata 'belajar dari pengalaman dan ambil pengajaran dari apa yang kita tempuhi dan lalui'. Boleh jugak di katakan pengalaman itu mematangkan kita dan mendidik kita. Ana amat mengambil berat tentang satu peristiwa yang berlaku ke atas diri ana sendiri dan ana percaya sahabat-sahabat juga begitu.


Kita kembali kepada dasar utama ana iaitu untuk berkongsi pengalaman..pengalaman ana ni berhubung dengan lebih kurang dalam masalah menipu la atau pun tidak bercakap benar..adik-adik tahu apakah hukum tidak bercakap benar..hehehe melawak je..


peristiwa ni berlaku sewaktu ana bersekolah di Ma'ahad al-Ridwaniah dan menduduki tingkatan dua. Oleh kerana peristiwa ni, ana sampai sekarang tak berani untuk berbohong melainkan untuk kebaikan bersama itu pun ana banyak guna cara Saiyidina Abu Bakar hehehe..tapi itu lah kenyataannya.



Terus kepada pengalaman, al-maklum ana ni bersekolah di sekolah agama jadi kami di ajar pelbagai subjet agama dan di antaranya ialah fiqah. subjet fiqah ni di ajar oleh seorang ustazah yang agak syadid la. bila masuk je kelas ustazah ni akan memastikan semua pelajarnya memiliki kitab fiqah masing-masing. dipendekkan cerita ana dan kawan ana ni tak bawa kitabnya. jadi ana dan sahabat yang senasib ni di minta berdiri dan bagi penjelasan. Ana waktu ni dah menggeletar, malu dan gelabah semua ada. mula-mula kawan ana bagi penjelasan dulu ana berdiri sambil tuduk serta berfikir tentang alasan yang nak di beri, alasan mestilah kukuh dan boleh di terima akal. kata-kata sahabat ana lebih kurang bunyinya beginilah 'ustazah saya dah pergi koperasi sekolah dan tanya tentang kitab fiqah ni, tapi akak penjual tu kata kitab dah habis' lepas je dia bagi penjelasan kawan-kawan yang duduk pun menyokong dengan alasan yang di beri nak bekap kawan la tu, tapi tetiba je ustazah tu tanya ana pulak mengenai kesahihan alasan sahabat ana tadi...ana waktu tu tengah otak kosong apa lagi ana pun mengiakannya. terus je ustazah izinkan kami duduk. Dalam fikiran ana waktu tu.....'huh..selamat-selamat'. Sebenarnya ana sendiri pun tak tahu pasal kitab tu dah habis ke belum di jual kat koperasi. Ana bukannya tak ada kitab tapi abang ana lupa dia letak kat mana. Jadi ana terpaksa la tanggung semuanya sementara nak jumpa kitab tu balik.



Hari-hari pun berlalu, masa begitu pendek maklumla akhir zaman. sedar tak sedar dah tiba hari yang mana ada subjet fiqah.Ana betul-betul terlupa untuk bawak kitab tersebut. Nak buat macam mana benda dah nak jadi, ada hikmah disebalik kejadian, Sapa yang tahu. Maka masuk lah ustazah tersebut, waktu itu baru lah ana sedar yang ana terlupa bawak kitabnya, apa lagi gelabahla, menggeletar lutut-lutut. ustazah tu pun meminta pelajar yang tak bawak kitab untuk berdiri dan bagi penjelasan. Alamak malunya hanya tuhan yang tahu, rupa-rupanya minggu ni ana seorang je yag tak ada kitab..adoi!!! sahabat yang berkongkaligong hari tu dah ada kitab.. dalam hati ana tak tahu la nak jawab macam mana. Tetiba je ustazah tu buka cerita minggu lepas 'hari tu kamu kata kitab dah habis di koperasi tapi ana pergi tanya kakak tu, dia kata masih ada dan banyak lagi kitab fiqah'. waktu tu pelbagai persolan yang di ajukan oleh ustazah tapi lidah ana kaku untuk mempertahankan diri sebab memang ana tak tahu nak cakap apa sebab ana memang bersalah sebab mengiakan sesuatu yang ana sendiri tak pasti, huh... banyak betul sebabnya. Ya Allah malu sangat, hari tu ana di hukum berdiri dalam kelas, dah la tu dapat pulak ceramah free maklum la ustazah tu nak mendidik, ana pun tak marahkan ustazah tu malah berterima kasih lagi sebab semua tu la menyebabkan ana tak berani untuk berbohong. kembali ke cerita kena denda berdiri.. sepanjang ana berdiri ana tak angkat langsung muka ana, sebab terlalu malu, ana tak pernah rasa semalu ni, sampaikan ana malu nak pandang muka kawan-kawan. Malu sangat-sangat..TAMAT.



walaupun cerita ana dah tamat setakat itu sahaje tapi ana nak bawa kembali sahabat-sahabat ke dunia realiti kerana sebentar tadi sekadar memori. cerita pengalaman ana sebentar tadi bukan sekadar suka-suka malah ana nak sahabat-sahabat ambil peringatan dan pengajaran dengan apa yang berlaku. Ana yakin sahabat-sahabat dapat mengesan pengajarannya, tapi ana nak juga bagi penjelasan mengenai pengajarannya.



1- sesuatu yang berlaku ada hikmahnya


sebab apa ana kata sesuau yang berlaku itu ada hikmahnya..eh mestilah semua orang tahukan... Tapi tak apa la, ana nak juga jelaskan mengikut pandangan ana sendiri..hehehe....kita sebagai hamba Allah dan hanya di bekalkan ilmu yag sedikit ni tak tahu apa yang akan berlaku tetapi kita perlu tahu dan yakin setiap kejadian Allah ada sebab dan musababnya, dan segalanya akan kembali kepadaNya. Jadi kita kena terima apa yang berlaku ke atas kita sama ada pahit,kelat atau sebaliknya dengan hati yang tenang dan muhasabah balik diri kita sendiri. oleh itu kita perlu terima sebulat-bulatnya syariat Allah s.w.t kerana ia adalah demi menjaga keharmonian makhluk seluruh alam. tidak terhad hanya kepada golongan-golongan tertentu mahu pun sesama manusia sahaja. Jadi sokonglah hudud dan syariat Islam di tegakkan di bumi dan tanah air kita demi mendapat rahmatnya dan melahirkan keharmonian. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hambanya, jagan jadi hamba yang belagak pandai, yang menolak hukum Allah dan mencipta hukum sendiri.


2- sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah



sepandai-pandai ana berbohong dan berkongkaligong akhirnya pecah jua rahsianya huhuhu.. ingat lah wahai sahabat-sahabatku sesuatu yang kita buat tu akan memberi kesan kepada kita tidak kira dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. kalau tak dapat balasan di dunia dapat balasan di akhirat..ingat tu..


3- pengalaman mendidik dan mematangkan kita



bila kita di beri satu tugas mahu pun amanah jagalah amanah itu sebaik-baiknya, jaganlah kita menolaknya kerana malas dan seumpamanya. kerana ia akan memberikan kita pengalaman. pengalaman itu penting kerana ia mendidik dan mematangkan kita.seperti pengalaman ana sewaktu tingkatan dua ia mendidik ana supaya tidak berbohong dan mematangkan ana dalam menempuh hidup yang hentah bila kesudahannya. dan ingat kita perlukan pengalaman untuk berhadapan dengan liku-liku hidup ini..jadi terimalah sesuatu amanah itu untuk pengalam dan yang paling penting niat kerana Allah s.w.t.


4-malu itu penting



sebab apa ana masukkan malu itu penting dalam pengajaran yang kita perlu ambil? sebabnya kerana perasaan malu itulah yang melahirkan keinsafan. rasanya semua jelaskan..kalau la ana tak ada perasaab malu, ana pasti tak rasa bersalah dan boleh berdiri dengan selambernya.


5- takutlah hanya pada Allah s.w.t



pelik tak tetiba je ada pulak pengajaran ni dalam cerita ana..sebenarnya punca pertama berlakunya pembohongan tadi di sebabkan ana takut kat ustazah tu lebih dari Allah s.w.t. sepatutnya ana tak perlu gelabah nak bagi penjelasan yang sebenar, tapi perlu tampil dengan yakin memberi alasan sebenar, ana tak bawa kitab..tak g tu..Jadi takut lah hanya kepada Allah s.w.t maka kita akan berani menempuh segala-galanga kerana kita yakin hanya Allah yang berkuasa di atas alam ini dan bukanlah manusia..ayuhlah kita berjuang tegakkan Islam...