Tuesday, August 10, 2010

Alahai RAMADHAN...............Aduhai PENYAKIT ROHANI !!!!!!!


Ramadhan merupakan bulan tarbiyah bagi mencuci dan membentuk personaliti muslim yang sejati. Ganjaran pahala pada bulan Ramadhan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan biasa membuatkan manusia berlumba-lumba untuk memperolehinya. Manakala Rohani pula membawa maksud sesuatu perkara batin serta berhubung kait dengan jiwa manusia dan tidak dapat dilihat dik mata kasar manusia.

Ketibaan bulan ramadhan menandakan tibanya bulan yang memcuci manusia daripada sifat-sifat mazmumah dalam diri dan membentuk personaliti muslim sejati . Hal ini kerana, bulan Ramadhan mengajar manusia untuk bersabar, bersederhana, pemurah dan banyak lagi. oleh yang demikian bulan Ramadhan merupakan terapi kepada penyakit rohani.



Simptom-simptom Penyakit Rohani

Pelbagai simptom-simptom penyakit rohani yang dapat di kesan dan di lihat. Dan rata-ratanya berpunca daripada sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri manusia.

1. Pemarah merupakan antara simptom Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Sifat pemarah ini, muncul apabila rohani manusia itu tidak di isi dengan sifat sabar. Simptom ini akan menyebabkan penghidapnya berada dalam keadaan yang tidak tenteram. Maka, Ramadhanlah terapi terbaik untuk membendung sifat marah daripada terus bercambah dalam diri seseorang dengan menyemai sifat sabar dalam menghadapi setiap peraturan dalam berpuasa.

2. Pendendam merupakan simptom yang tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam bagi melepaskan dendam serta memuaskan hatinya. Penyakit ini juga menyebabkan penghidapnya hidup dalam resah gelisah. oleh yang demikian, Ramadhan mengajar manusia untuk memaafkan orang lain serta merapatkan ukhuwah melalui solat taraweh berjemaah bersama.

3. Hasad dengki simptom ini juga tidak dapat dilihat, namun kesannya adalah pada tingkah laku manusia itu sendiri. Hasad dengki merupakan penyakit rohani yang mampu memutuskan persaudaraan, membunuh jiwa dan banyak lagi. contoh terdekat simptom hasad dengki dalam masyarakat kini adalah santau, fitnah, membunuh dan banyak lagi.

4. Bakhil simptom ini Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Penyakit ini menyebabkan megidapnya mencintai hartanya lebih dari segala-galanya. Pada bulan Ramadhan manusia berlumba-lumba untuk bersedekah bagi memperoleh ganjaran yang besar. Contoh terdekatnya apabila ramai di kalangan masyarakat kini yang mengambil kesempatan untuk memberi jamuan makan kepada orang yang berpuasa. Hampir setiap masjid di kawasan-kawasan perumahan menyediakan juadah berbuka puasa pada jamaah masjid bagi memperoleh ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah S.W.T.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Penyakit rohani ini akan menyebabkan penghidapnya sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan apa yang dia mahu sehingga tidak memikirkan nasib orang lain. Pada bulan Ramadhan manusia di ajar untuk bersederhana dalam berbuka dan di ajar untuk memiliki sifat tamakkan pahala lebih dari segalanya.

6. Ego adalah Ibu segala penyakit rohani oleh yang demikian ia membuatkan hati seseorang tidak tenang. Orang yang memiliki penyakit ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Ibu penyakit rohani ini, akan luntur apabila masyarakat menjadikan Ramadhan sebagai bulan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T dan menyedari kedudukan sebenar kejadiannya di atas muka bumi ini.

7. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Penyakit rohani ini akan menyebabkan penghidapnya berasa tidak tenteram apabila adanya orang yang lebih baik darinya. Ramadhan juga mengajar kita supaya melakukan sesuatu itu dengan niat semata-mata kerana Allah S.W.T. Buktinya dapat dilihat melalui niat berpuasa pada setiap hari adalah kerana Allah S.W.T, dengan ini ia melatih manusia untuk melakukan setiap perkara hanya kerana Allah S.W.T.


Kesan penyakit rohani

Kesan daripada penyakit rohani menyebabkan penghidapnya hidup dalam keadaan yang tidak tenteram serta sentiasa gelisah. Keamanan yang di cari sukar untuk di temuai selagi tidak mengubati penyakit rohani yang di hadapi. Penyakit rohani ini berpunca daripada sifat-sifat buruk atau dikenali sebagai sifat mazmumah. Hal ini kerana, setiap sifat dalaman akan mempengaruhi tingkah laku serta perbuatan individu tersebut.

Kesan penyakit rohani ini bukan sahaja pada penghidapnya malah turut di rasai oleh individu di sekelilingnya. Antara contohnya seperti penyakit hasad dengki. Ini kerana ia mendorong penghidapnya untuk bertindak bagi melukai individu yang di dengkinya. Pada hakikatnya penyakit ini lebih berbahaya kerana tidak dapat di kesan dan di ubati secara zahir. Penyakit ini tidak akan sembuh jika tidak ada usaha yang gigih oleh penghidapnya.

Kesan penyakit rohani ini semakin memuncak apabila ia tidak di bendug malah menjadi sahabat rapat masyarakat kini. Masyarakat harus sedar bahayanya sifat-sifat mazmumah kerana ia merupakan penyakit rohani yang perlu di ubati bagi melahirkan masyarakat yang bersih hati dan perbuatannya.


Penawar Penyakit Rohani

1. Penawar paling mujarab adalah dengan melakukan Riyadah al-Nafs (latihan jiwa) seperti ibadat iaitu solat, puasa, zikir, doa, qiyam al-lail dan lain-lainnya. Riyadah al-Nafs merupakan latihan untuk membentuk pesonalitin yang baik. Dengan melakukan Riyadah al-Nafs individu dapat membendung penyakit rohani daripada menular. Oleh yang demikian, Ramadhan merupakan bulan yang menjadi pilihan oleh masyarakat untuk menyucika diri serta mengubati penyakit rohani.
2. Memperbetulkan niat. Setiap perbuatan yang dilakukan perlulah berpunca daripada niat yang baik. Niat yang baik adalah semata-mata untuk memperoleh redha Allah S.W.T . niat kerana Allah S.W.T menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan kerana, ia berkekalan hingga akhirnya.

3. Istiqamah dalam mencari penawar penyakit hati. Penawar penyakit rohani tidak akan di temuai jika penghidapnya tidak istiqamah dalam menciptanya sendiri.

4. Memperbanyakkan bahan bacaan agama.

5. Memperbaiki hubungan sesama manusia

6. Menyayangi manusia kerana Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment