Thursday, October 21, 2010

Pi Mai Pi Mai Tang Tu...........

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Semoga sahabat-sahabat berada dalam keadaan yang baik serta di rahmati Allah S.W.T khendaknya. kali ni ana berminat untuk membawa sahabat-sahabat kepada realiti kehidupan dunia yang mungkin kadang kala kita tidak menyedari jadual hidup kita tidak banyak berubah kepada suatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Alangkah malangnya jika hari ini adalah lebih buruk berbanding hari sebelumnya. Bak kata orang utara pi mai pi mai tang tu..tak ada sebarang perubahan dan peningkatan..jika kita adalah tergolong dari golongan tersebut maka malanglah kita.
Pelbagai persoalan yang harus kita lahirkan dalam diri supaya menyedari matlamat utama kita diciptakan dan dihidupkan serta dibesarkan dengan dibebani tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Persoalan pertama : Sudah bersediakah kita untuk menemui ajal ???????????.. kita harus sedar kehidupan di dunia ini hanya seketika sebelum meneruskan jalan yang begitu panjang. Kalau tak percaya jom kita belajar mengira pulak. Jika kita lihat ada ke manusia biasa hidupnya berabad-abad lamanya, tapi..........betapa ramainya manusia yang sudah tidak bernyawa berada di atas muka bumi ini berabad lamanya...huhuhu tak boleh ke kita ni cuba untuk mendisiplinkan diri supaya menurut perintah Allah S.W.T dalam jangka hayat yang ada ni. Hidup Hanya Sekali...Peluang Pun Hanya Sekali..Jadi kita kena berlumba-lumba untuk memperoleh pahala sebanyak mungkin. Itulah bekalan kita. Tapi......kenapa ramai yang tak nak pahala ye????? aha... senang je orang tak nak pahala sebab pahala tak nampak. kalau nampak semua orang nak. Materialistik jugak manusia. Jadi org yang berlumba untuk memperoleh pahala bukan orang yang materialistik tau.
Sahabat-sahabat jom kita kembali pada dasar utama hidupnya kita atas muka bumi ni. jagan kita hanya fikir makan tidur je. cuba kita bawa diri kita kepada sesuatu yang baru untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Kita perlu melakukan perkara yang luar biasa. kalau setakat belajar main-main apa guna masa depan kita, kalau buat esigment setakat memenuhi syarat apa faedah, kalau setakat buat kerja dakwah kerana terpaksa apa guna??? kita kena buat sesuatu perkejaan dengan bersungguh-sungguh. Lahirkanlah semanagt kerana Allah pasti semua amalan kita sempurna. Kita sedang berlumba untuk mendekatkan diri kepada Allah tapi kita kena sedar ada musuh yang cuba menghancurkan kita. Siapa musuh tu??? ala..Iblis, nafsu, dan orang kafir Harbi. Banyak la musuh kita jadi, kita perlu kuat. Tapi Sahabat-sahabatkan mcm mana kita nak kuat kalau amalan harian kita dok pi mai pi mai tang tu je...huhuhu
Sekadar perkongsian dan muhasabah diri...

Wednesday, October 20, 2010

Bersahabatlah Dengan Maksiat


Perbuatan maksiat merupakan salah satu pendekatan terbaik Iblis untuk menyesatkan manusia di atas muka bumi ini. Perbuatan maksiat memberi Impak yang berkesan terhadap tingkah laku individu malah kepada segenap peringkat hidupnya. Walaupun, perbincagan serta perbahasan berhubung maksiat tidak asing lagi malah seumpama satu topik basi yang cuba di ketegahkan. Namun, kita perlu sedar, MAKSIAT adalah musuh utama yang menyekat kemajuan kita baik kepentingan dunia mahupun akhirat di sana. Jagan cuba sekali-kali kita memandang ringan pada perbuatan maksiat.

Dewasa kini, maksiat seumpama sahabat karib kepada sebahagian besar individu di seluruh dunia dan menjadi bahan mainan kepada golongan remaja yang mana kononnya bakal menggantikan pimpinan akan datang. Pernahkah kita sedar perbuatan maksiat semakin di beri tempat di dalam masyarakat. Persoalannya siapakah yang serius mengambil berat untuk mencegah perbuatan maksiat pemimpinkah? gurukah? ibubapakah? keluargakah? temankah? atau diri sendiri. Jelas, semua pihak harus turun padang terutamanya bagi pemimpin yang memimpin..

Perbuatan maksiat juga memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Mungkin ada di kalangan pembuat maksiat beranggapan perbuatan mereka tidak mengganggu individu lain, malah ada juga yang sering berkata "ala....biyo la kat demo tak usah di usik, demo tak kacau orang lain kira ok la.... tak yoh la kita jaga tepi kain org lain" Adakah kita sedar bencana yang di berikan Allah S.W.T akibat perbuatan maksiat tersebut tidak memilih mangsanya. Adakah kita sedar kewajipan menegur dan menyampaikan kalimah Allah S.W.T.
Apa faktor sebenar perbuatan maksiat berleluasa di kalangan golongan remaja. sudah semestinya berpunca dari kurangnya didikan agama, bimbingan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, bantuan teknologi, pengaruh budaya barat dan mcm-macamlah. Semuanya menyerang golongan yang lemah pegangannya terhadap agama itu sendiri. Bila timbul je masalah kita perlu merujuk pada agama, Why??? sebab agama Islam ada jalan penyelesaiannya. Semoden-modennya kita, kita masih memerlukan agama dulu, kini dan selamanya. Agama dapat membendung kita dari bertindak mengikut hawa nafsu. Yakinlah pada janji yang pasti balasan maksiat adalah neraka. nerakalah tempat bagi orang-orang yang melakukan maksiat dan tidak ada tembat baginya di syurga jika ia tidak bertaubat.

Best Buat Dosa.......



Dosa bermaksud perbuatan yang melanggar hukum Allah S.W.T serta agama. oleh yang demikian, sebarang perbuatan yang membawa kepada dosa tidak akan memberi kebahagiaan kepada perlakunya. seorang muslim sejati akan merasa tidak selesa dan tenteram hidupnya jika berlenggu dengan dosa. Namun, kita harus sedar ada segelintir di kalangan masyarakat yang merasa gembira dan suka untuk melakukan dosa. Hal ini kerana, Iblis sentiasa menghasut dan membisikkan pada manusia supaya melakukan perbuatan yang mengundang dosa dan mula menabur janji manis dalam hati manusia bahawasanya masih ada masa untuk bertaubat, tetapi Iblis bijak dalam mengalpakan manusia dari bertaubat dengan segala dosa yang di lakukan.


Terdapatnya beberapa sifat serta perbuatan yang membuktikan sesorang itu bahagia melakukan dosa. Salah satu darinya adalah mereka yang lalai terhadap ayat-ayat Allah S.W.T yang merupakan perintah, larangan serta janji-janji-Nya. Manusia ini di kategorikan di kalangan mereka yang cenderung untuk mengikut hawa nafsu, mentingkan dunia berbanding akhirat serta gemar melakukan perbuatan maksiat dan benci kepada jalan kebenaran. Hakikatnya, apabila manusia lalai dalam mengigati Allah S.W.T maka, hati-hati mula menjadi sarang syaitan serta tumbuh mekarlah sifat-sifat mazmumah seperti riyak, dengki, tamak, pemarah dan banyak lagi. Ini adalah punca hati mula berasa tidak bertuhan dan mula menjadi kering dan kerasa untuk menerima kebenaran. Oleh yang demikian, manusia mula tidak rasa gentar untuk melakukan dosa malah merasa selesa dan gembira.


Selain itu, penyakit hati juga adalah punca seseorang itu, berasa suka melakukan perbuatan yang mengundang dosa. Penyakit hati adalah penyakit yang tidak dapat dilihat dan dikesan oleh pakar kesihatan moden. Penyakit ini adalah satu-satunya penyakit yang hanya boleh di rawat oleh penghidapnya sahaja. jika penghidapnya tidak ada kemahuan serta usaha untuk mengubatinya maka, segala usaha individu sekeliling tidak akan mendatangkan hasil. Manusia yang tidak menghidap penyakit hati akan bersyukur dengan setiap rahmat dan dugaan yang menimpanya. sebaliknya bagi mereka yang menghidapnya tidak akan berasa bersyukur malah, sentiasa dengki pada individu lain. Sebagai contoh terdekat adalah amaln membomoh di kalangan masyarakat melayu dulu, kini dan moga tidak untuk selamanya. Mereka ini, berasa puas dan gembira apabila mangsa mereka menderita menanggung kesakitan dan membawa kepada kematian. Perbuatan ini, membawa kepada dosa besar kerana menyekutui Allah S.W.T, bersahabat dengan Iblis, memudaratkan jiwa insan lain dan pelbagai lagi. Penyakit hati ini, telah diceritakan di dalam al-Quaran yang bermaksud :



" Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan "

(Al-Baqarah :10)



Mengumpat dan buruk sangka juga adalah salah satu perbuatan yang mengundang dosa dan amat digemari oleh individu-individu tertentu terutamanya di kalangan kaum hawa.. Namun, perbuatan mengumpat dan buruk sangka ini tidak terbatas kepada perbuatan dosa malah terdapat juga mengumpat yang di benarkan dalam Islam demi menjaga keamanan sejagat. Perbuatan mengumpat yang tidak di benarkan terbahagi kepada tiga bahagia iaitu banyak sangkaan buruk, memcari-cari rahsia orang dan mencari-cari keaiban orang lain. Perbuatan ini mampu menjinakkan hati pembuatnya lalu melahirkan rasa suka dan gembira tanpa menyedari dosa yang mengalir bak air di muara. Perbuatan ini, boleh di samakan dengan penyakit berjangkit dan penghidapnya akan berasa ketagihan. oleh itu, terdapat beberapa peringkat untuk meninggalkan perbuatan ini iaitu perlu meninggalkan perbuatan ini secara sekali gus, bertekat tidak akan mengulanginya lagi serta memohon maaf pada orang yang di umpatnya. Namun, disisi ulama' terdapatnya khilaf. SELAMAT MENCUBA ^_^...



Sebagai kesimpulannya, perbuatan yang mengundang dosa tidak akan memberi kebahagiaan kepada pembuatnya. namun, jika hati individu tersebuat adalah merupakan hotel 5 bintang khas untuk Iblis maka, terciptanya keindahan dalam kehidupan yang penuh dengan dosa. Harus sedar, kebahagiaan itu hanyalah palsu. Penipuan Iblis semata-mata. Segala yang baik adalah datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari kelemahan diri sendiri...

Jika Anda Pencinta Dosa Jadilah Teman Iblis di dalam Neraka !!!!!!!!!!!!.