Wednesday, September 24, 2014

Riyadah al-Nafs Membentuk Personaliti Yang Baik


Personaliti dari perspektif Islam merujuk kepada perkataan Arab 'sahsiah' atau 'akhlak' yang dimiliki oleh seseorang individu. Manakala perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan. oleh itu, akhlak inilah yang menentukan keterampilan dan sikap individu itu sendiri.
menurut kamus dewan edisi ketiga (2002: 1025) personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan.
Menurut Al-Ghazali terdapatnya beberapa proses bagi membentuk personaliti yang baik bagi seseorang individu, antaranya ialah melalui Riyadah al-Nafs (latihan jiwa) seperti ibadat iaitu solat, puasa, zikir, doa, qiyam al-lail dan lain-lainnya. selain itu individu juga perlu mengaplikasikan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan.
Riyadah al-Nafs merupakan satu latihan jiwa menuju ke arah kebaikan dan membentuk personaliti yang baik secara beransur-ansur sehingga sampai pada satu tahap di mana sesuatu yang berat dan sukar untuk dilakukan menjadi mudah dan ringan untuk dilaksanakan sebagai contohnya qiyam al-lail. Hal ini kerana, seseorang yang membiasakan dirinya dengan qiyam al-lail akan merasa mudah untuk melaksanakannya akan tetapi sebaliknya bagi mereka yang jarang melakukannya.
Al-Ghazali mengatakan bahawa riyadah al-nafs merupakan satu usaha yang dipenuhi dengan kesukaran namun ianya menghasilkan kesan yang positif di dalam jiwa sehingga lahir perasaan benci kepada sifat tercela. Imam al-Ghazali juga menyatakan riyadah al-Nafs adalah merupakan satu latihan jiwa menghapuskan akhlak yang buruk bagi melahirkan akhlak yang baik..

Personaliti dari perspektif al-Ghazali
Terbitan. FPI. UKM

No comments:

Post a Comment