Saturday, August 21, 2010

MAKSIAT TEKNOLOGI...


Maksiat:
Maksiat bermaksud perbuatan yg melanggar perintah Allah S.W.T. Maksiat juga merupakan perbuatan yang menyumbang kepada dosa (yg keji).Manakala bermaksiat atau melakukan maksiat pula membawa maksud orang yg akan menerima padah.

Dalam konteks masa kini, ciri yang membawa kepada perbuatan maksiat berlaku secara globalisasi dan sukar untuk di bendung serta di kesan. menurut kamus dewan edisi ketiga globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Oleh itu, bercambahan teknologi mampu menghubungkan masyarakat masa kini dari segenap negara dan tidak terbatas oleh sempadan geografi. Akibat daripada itu, perhubungan yang tidak terbatas antara lelaki dan perempuan mula berlaku dan menimbulkan kebimbangan. Akan tetapi kewujudan teknologi tidak boleh di persalahkan secara mutlah kerana, ia terpulang atas setiap diri individu menggunakan teknologi sama ada pada kebaikan atau keburukan.

Pada suatu ketika dahulu ulama' banyak menekankan berhubung ciri-ciri Yang Membawa Kepada Perbuatan Maksiat melalui lima cabang iaitu melalui pandangan, pertemuan, percakapan, berjabat tangan serta bersentuh badan. Akan tetapi dunia kini menghadapi pelbagai ciri yang membawa kepada perbuatan maksiat melalui teknologi seperti facebook, yahoo Massanger, friendster, HI5, Flixster, Mesej dan pelbagai lagi.

MAHASISWA HARUS SEDAR..........................

Hakikat sebenar mengenai perhubungan yang terjalin melalui teknologi adalah memiliki hubungan yang rapat dengan ciri-ciri yang membawa kepada PERBUATAN MAKSIAT yang telah di sentuh oleh ulama'.

1. Pandangan
Perbincanga mengenai pandangan pada dasarnya adalah berhubung pada pandangan yang bersemuka antara satu sama lain namun, pada masa kini tanpa pertemuan masih boleh memberi ruang pada kita untuk memandang wajah lelaki dan perempaun tanpa sekatan malah berpeluang untuk ditatapnya pula gambar-gambar yang telah diupload terutama dalam facebook. Pelbagai gambar dan aksi-aksi hebat di pertontonkan tidak kira siapa dan di mana.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur, ayat 30, yang bermaksud :

"katakanlah oleh mu wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka...."


Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur, ayat 30, yang bermaksud :

"katakanlah oleh mu wahai Muhammad kepada orang-orang perempuan yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka....."

Ayat-ayat di atas, dapat ditafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja. Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan keinginan hawa nafsu sesama sendiri.

seorang pujangga dan falsafah Islam, Ahmad Syauqi pernah berkata :

".........melihat atau memandang lalu tersenyum, menghormati atau mengucapkan selamat, bercakap, berjanji dan akhirnya bertemu dan seterusnya berlakulah maksiat..........."

2. Pertemuan

Perkenalan melalui dunia teknologi akan membawa kepada pertemuan di alam nyata. pertemuan yang dimaksudkan adalah pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan isteri dan mahramnya di tempat yang sunyi, di dalam rumah atau tempat yang mampu menimbulkan syak bahawa mereka melakukan maksiat.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud ;

"Barang Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka, janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai oleh mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan".

3. Percakapan

Perbincangan terdahulu lebih menekankan kepada percakapan namun, teknologi kini telah mengubah cara komunikasi tersebut kepada penulisan dan perhubungan tanpa bersemuka (Panggilan Telefon). walaupun cara ini kurang berkesan berbanding bercakap secara bersemuka namun, motif dan isi perbincangan mampu di terima dan di peroses oleh otak dengan baik. Antara contoh terdekat adalah pasangan bercinta berhubung antara satu sama lain tidak kira masa, tempat, dan wang hingga memakan masa berjam-jam lamanya.

Dalam soal ini bukanlah bermakna antara lelaki dan perempuan tidak dibenarkan untuk bergaul dan bercakap-cakap. Islam tidak melarangnya, tetapi kita harus tahu percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan-tujuan tertentu atau urusan penting sahaja. Isi percakapan pula adalah mempunyai tujuan yang baik dan urusan yang penting.

Dengan ini, dapatlah di simpulkan bahawasanya penggunaan teknologi yang salah mampu mendekatkan diri kita kepada perbuatan maksiat tanpa kita sedari. Oleh yang demikian, marilah kita menggunakan teknologi pada jalan dakwah serta menutup jalan dan tidak memberi ruang kepada orang Yahudi untuk merealisasikan perang saraf yang telah dicetuskan..

No comments:

Post a Comment