Wednesday, October 20, 2010

Best Buat Dosa.......



Dosa bermaksud perbuatan yang melanggar hukum Allah S.W.T serta agama. oleh yang demikian, sebarang perbuatan yang membawa kepada dosa tidak akan memberi kebahagiaan kepada perlakunya. seorang muslim sejati akan merasa tidak selesa dan tenteram hidupnya jika berlenggu dengan dosa. Namun, kita harus sedar ada segelintir di kalangan masyarakat yang merasa gembira dan suka untuk melakukan dosa. Hal ini kerana, Iblis sentiasa menghasut dan membisikkan pada manusia supaya melakukan perbuatan yang mengundang dosa dan mula menabur janji manis dalam hati manusia bahawasanya masih ada masa untuk bertaubat, tetapi Iblis bijak dalam mengalpakan manusia dari bertaubat dengan segala dosa yang di lakukan.


Terdapatnya beberapa sifat serta perbuatan yang membuktikan sesorang itu bahagia melakukan dosa. Salah satu darinya adalah mereka yang lalai terhadap ayat-ayat Allah S.W.T yang merupakan perintah, larangan serta janji-janji-Nya. Manusia ini di kategorikan di kalangan mereka yang cenderung untuk mengikut hawa nafsu, mentingkan dunia berbanding akhirat serta gemar melakukan perbuatan maksiat dan benci kepada jalan kebenaran. Hakikatnya, apabila manusia lalai dalam mengigati Allah S.W.T maka, hati-hati mula menjadi sarang syaitan serta tumbuh mekarlah sifat-sifat mazmumah seperti riyak, dengki, tamak, pemarah dan banyak lagi. Ini adalah punca hati mula berasa tidak bertuhan dan mula menjadi kering dan kerasa untuk menerima kebenaran. Oleh yang demikian, manusia mula tidak rasa gentar untuk melakukan dosa malah merasa selesa dan gembira.


Selain itu, penyakit hati juga adalah punca seseorang itu, berasa suka melakukan perbuatan yang mengundang dosa. Penyakit hati adalah penyakit yang tidak dapat dilihat dan dikesan oleh pakar kesihatan moden. Penyakit ini adalah satu-satunya penyakit yang hanya boleh di rawat oleh penghidapnya sahaja. jika penghidapnya tidak ada kemahuan serta usaha untuk mengubatinya maka, segala usaha individu sekeliling tidak akan mendatangkan hasil. Manusia yang tidak menghidap penyakit hati akan bersyukur dengan setiap rahmat dan dugaan yang menimpanya. sebaliknya bagi mereka yang menghidapnya tidak akan berasa bersyukur malah, sentiasa dengki pada individu lain. Sebagai contoh terdekat adalah amaln membomoh di kalangan masyarakat melayu dulu, kini dan moga tidak untuk selamanya. Mereka ini, berasa puas dan gembira apabila mangsa mereka menderita menanggung kesakitan dan membawa kepada kematian. Perbuatan ini, membawa kepada dosa besar kerana menyekutui Allah S.W.T, bersahabat dengan Iblis, memudaratkan jiwa insan lain dan pelbagai lagi. Penyakit hati ini, telah diceritakan di dalam al-Quaran yang bermaksud :



" Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan "

(Al-Baqarah :10)



Mengumpat dan buruk sangka juga adalah salah satu perbuatan yang mengundang dosa dan amat digemari oleh individu-individu tertentu terutamanya di kalangan kaum hawa.. Namun, perbuatan mengumpat dan buruk sangka ini tidak terbatas kepada perbuatan dosa malah terdapat juga mengumpat yang di benarkan dalam Islam demi menjaga keamanan sejagat. Perbuatan mengumpat yang tidak di benarkan terbahagi kepada tiga bahagia iaitu banyak sangkaan buruk, memcari-cari rahsia orang dan mencari-cari keaiban orang lain. Perbuatan ini mampu menjinakkan hati pembuatnya lalu melahirkan rasa suka dan gembira tanpa menyedari dosa yang mengalir bak air di muara. Perbuatan ini, boleh di samakan dengan penyakit berjangkit dan penghidapnya akan berasa ketagihan. oleh itu, terdapat beberapa peringkat untuk meninggalkan perbuatan ini iaitu perlu meninggalkan perbuatan ini secara sekali gus, bertekat tidak akan mengulanginya lagi serta memohon maaf pada orang yang di umpatnya. Namun, disisi ulama' terdapatnya khilaf. SELAMAT MENCUBA ^_^...



Sebagai kesimpulannya, perbuatan yang mengundang dosa tidak akan memberi kebahagiaan kepada pembuatnya. namun, jika hati individu tersebuat adalah merupakan hotel 5 bintang khas untuk Iblis maka, terciptanya keindahan dalam kehidupan yang penuh dengan dosa. Harus sedar, kebahagiaan itu hanyalah palsu. Penipuan Iblis semata-mata. Segala yang baik adalah datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari kelemahan diri sendiri...

Jika Anda Pencinta Dosa Jadilah Teman Iblis di dalam Neraka !!!!!!!!!!!!.

No comments:

Post a Comment